Kilang Haram?

Kita sering membaca di dada akhbar atau menonton berita di televisyen dan laporan di media Internet mengenai isu pencerobohan di tanah kerajaan Federal dan kerajaan negeri.

Terbaru ialah wujudnya lebih 300 buah kilang atau bengkel haram yang didedahkan oleh media di Selangor

Kewujudan bengkel atau kilang telah lama diperkatakan oleh rakyat, tetapi isu ini tiada penghujung seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Mereka menjadi menyebabkan pencemaran air dan udara serta pembuangan sisa toksik dan kimia yang memberi kesan kepada penduduk Lembah Kelang.

Tenaga Nasional Berhad perlu mempunyai SOP dan syarat ketat untuk memberikan perkhidmatan mereka untuk bekalan elektrik berkuasa tinggi.

Begitu juga dengan pihak Bomba yang berada dibawah kerajaan tempatan perlu dirujuk oleh TNB sebelum bekalan elektrik disalurkan.

Selain dua badan yang disebut diatas, jabatan bekalan air negeri juga perlu teliti dalam meluluskan sebarang permohonan.

Setiap negeri ada Exco yang berkait dengan folio masing2. Jadi setiap kilang dan bengkel haram atau halal semestinya berada dibawah tanggung jawab mereka. Jangan lah menyalahkan boss mereka iaitu menteri besar. MB ada banyak tugasan lain untuk mereka bagi tumpuan.

Menteri Besar Selangor baru-baru ini menyatakan krisis air akan selesai dalam tempoh 30 tahun lagi. 30 tahun lagi mungkin jumlah kilang dan bengkel haram akan meningkat kepada satu jumlah yang besar. Jadi jika 30 tahun akan datang akan berlaku lagi masalah air.

Itulah, dahulu kerajaan BN telah menyiapkan terowong untuk menyalurkan air bersih dari Pahang tetapi kerajaan negeri menolak projek tersebut. Sekarang terima lah kesannya.

Oleh yang demikian, Bomba, syarikat bekalan air, pembekal kuasa elektrik, PBT dan lain-lain komuniti dan NGO perlu synchronis sebelum sesuatu projek seperti kilang, bengkel dan lain-lain projek.

Mohd Zaidi Calon BN #PrkSlim

Petang tadi bertempat di Dewan Rajawali Felda Residence Trolak, YB Dato Saarani Mohamad Pengerusi BN Perak telah menamatkan teka teki siapa kah calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Mohd Zaidi, 43 PJK, PPT adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan kini memangku jawatan Ketua Bahagian setelah kematian Ketua Bahagian dan juga Adun Slim.

Memiliki ijazah daripada Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2001 dalam bidang Islamic Revealed Knowledge & Human Science.

Seorang ahli perniagaan dan menjawat pelbagai jawatan dan aktif dalam aktiviti belia.

Sesama lah kita memberi mandat yang besar untuk berkhidmat kepada rakyat di dalam Dun Slim

presiden umno beri isyarat penting kepada kerajaan pakatan nasional

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” luahan beliau menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Status yang dibuat Ahmad Zahid itu turut diakhiri dengan hashtag #UMNObangkit lebih menarik lagi pada status tersebut selain beliau turut berkongsi sekeping gambar dari belakang ketika berikhtikaf dalam masjid atau surau

Ia seakan-akan memberi maksud tersirat meminta petunjuk ALLAH SWT untuk melakukan keputusan besar.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib yang juga bekas bos dan sahabat Ahmad Zahid dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid meminta ahli UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh parti.

Kenyataan Presiden Umno DS Dr Ahmad Zahid itu seolah-olah memberi petanda yang jelas bahawa UMNO akan meninggalkan Pakatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan mahkamah tinggi dalam kes membabitkan bekas Presiden UMNO itu yang jelas menunjukkan parti itu kecewa dengan keputusan kehakiman tersebut yang dilantik oleh Tun Mahathir. Hakim tersebut juga telah menghakimi kes pengganas LTTE dan akhirnya tertuduh dibebaskan oleh hakim yang sama.

Kerajaan PN yang ditubuhkan Mac lalu selepas Tun Mahathir mengumumkan meletakkan jawatan perdana Menteri dan keluar dari PH menyebabkan campurtangan Istana Negara dalam membentuk kerajaan baharu.

PN dibentuk hasil kerjasama UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas serta disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta wakil bebas.

Perkembangan itu juga dijangka menjadikan situasi politik negara akan kembali dramatik kerana mungkin berlaku PRU 15.

NAJIB MASIH MP HINGGA SELESAI PROSES RAYUAN

Najib masih Ahli Parlimen hingga proses rayuan selesai, kata Speaker

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa masih boleh menjalankan tugasnya selaku Ahli Parlimen Pekan sehingga selesai proses rayuan, menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Azhar berkata bekas perdana menteri itu juga boleh menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 27 Ogos.

“Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, taraf beliau sebagai Ahli Parlimen tidak berubah sehinggalah semua proses rayuan selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Luahan perasaan dan harapan DSNR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Esok 10 pagi penghakiman kes SRC saya di Kompleks mahkamah KL.

Saya tahu apa di minda semua, apa yang ditulis, apa yang diperkatakan.

Sejak hari pertama saya telah kata.

Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya.

Dalam kes yang akan diputuskan esok, saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu 4 tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014 dan seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik.

Wang itu dibayar kepada saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC untuk tujuan CSR.

Walau apapun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini.

Sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok.

2 tahun yang berlalu ini bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman PH.

Hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikan saya kekuatan untuk bangkit melawan dan mendorong saya terus ke hadapan.

Terima kasih saudara-saudari.

Saya tidak putus asa.

Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan.

Saya sudah bersedia. I am ready.

Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.

Demi DAP dan Lim Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH.

Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.

Saya mahukan keadilan. Saya mahu membersihkan nama saya.

CnP fb Najib Razak

Bukan Sahaja Najib Tapi Kehakiman Juga Akan Diadili Esok

By AB JALIL BACKER
27/07/202

ESOK adalah hari penentuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sama ada akan disabitkan atau dilepaskan daripada tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 5 Jun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menetapkan 28 Julai 2020 sebagai tarikh keputusan.

Beliau berkata, kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan bertulis yang panjang lebar dan terperinci, berjumlah 2,000 muka surat, untuk membantu mahkamah dalam memastikan dan menilai, serta menentukan, sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

“Saya mahu menyampaikan keputusan muktamad saya terhadap tujuh pertuduhan itu pada bulan depan, pada 28 Julai, 10 pagi,” katanya.

Pendakwa Raya yang dilantik Datuk V Sithambaram mengetuai pasukan pendakwaan, manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan peguam bela Najib, 67.

Rakyat Memerhati

Esok bukanlah titik noktah untuk bekas Perdana Menteri tersebut. Jika dibebaskan, pendakwaraya akan merayu ke Mahkamah Rayuan. Jika didapati bersalah, Mohd Najib pula akan merayu. Jadi esok sekadar satu lagi perjalanan panjang mencari keadilan buat Mohd Najib Razak.

Namun esok juga akan menjadi satu lagi detik penting kepada sistem kehakiman dan keadilan negara. Setiap kali kes membabitkan personaliti politik dihadapkan ke mahkamah, maka cakap-cakap campur tangan kerajaan akan sentiasa menjadi topik perbincangan.

Justeru esok bukan sahaja Mohd Najib akan menjadi perhatian, dalil-dalil keputusan Hakim Mohd Nazlan juga akan diteliti dan diperdebatkan.

Berhadapan personaliti hebat seperti Mohd Najib, Mohd Nazlan tidak boleh sekadar memberi keputusan tanpa satu hujahan penghakiman yang terperinci pada masa yang sama.

Mohd Nazlan tidak akan dapat menghilangkan rasa curiga rakyat apabila pada Mei 2020 lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, disebabkan wujud bahaya yang beliau mungkin bersikap berat sebelah.

Walaupun Mahkamah Rayuan menyatakan mereka tidak sesekali mempersoalkan integriti Hakim Mohd Nazlan atau keupayaan beliau untuk membuat keputusan dalam kes Tengku Adnan, namun keengganan Mohd Nazlan menarik diri secara sukarela sehingga memerlukan arahan Mahkamah Rayuan telah menimbulkan tanda tanya kepada pemerhati politik dan keadilan.

Dalam penghakiman 14 muka surat bertarikh 15 Mei lalu, Hakim Datuk Rhodzariah Bujang berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mungkin bersikap berat sebelah walaupun beliau telah membuat deklarasi bahawa beliau tidak akan bersikap prejudis terhadap Tengku Adnan selepas menghakimi kes ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon.

“Kami berpandangan bahawa bahaya yang beliau (hakim) akan bersikap demikian wujud dan boleh berlaku.

Sikap Mohd Nazlan ini jauh berbeza dengan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, yang membuat keputusan sendiri untuk menarik diri dari mendengar permohonan kerajaan untuk melucutkan hak terhadap harta berjumlah RM680 juta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd pada November lalu.

Collin menarik diri setelah dibangkitkan isu beliau turut menjadi hakim perbicaraan kes Najib Razak berhubung dana 1MDB yang mungkin akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada tertuduh.

Hujah Pembelaan

Setelah dipanggil membela diri, pihak pembela berhujah Mohd Najib wajar dibebaskan kerana pendakwaraya gagal membuktikan kewujudan elemen salah guna kuasa (Crminal Breach of Trust – CBT) seperti dalam pertuduhan.

Menurut peguam bela Harvinderjit Singh, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Mohd Najib mempunyai kawalan untuk memindahkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ke akaunnya seperti mana keperluan elemen dalam pertuduhan pecah amanah(CBT).

“Keseluruhan pertuduhan adalah membabitkan pecah amanah, namun pendakwaraya hanya membawa teori konspirasi bahawa Najib bersekongkol dengan ahli perniagaan buruan polis, Jho Low; Ketua Pegawai Eksekutif SRC; Nik Faisal Ariff Kamil, dan setiausaha sulit Najib ketika itu, Azlin Alias, dalam pemindahan wang tersebut.

Secara ringkasnya hujah Harvinderjit, pertuduhan adalah mengenai Najib (didakwa) melakukan CBT (pecah amanah) sebanyak RM42 juta namun jelas Najib tiada kawalan dalam akaun SRC untuk membolehkan beliau melakukan pecah amanah.

Sepanjang perbicaraan pendakwaraya memberi gambaran mengenai konspirasi bukannya pecah amanah secara langsung seperti dalam pertuduhan.

Sementara itu seorang lagi peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee dalam hujahannya mempersoalkan sama ada benar dakwaan Mohd Najib adalah punca pemindahan dana daripada syarikat SRC International Sdn Bhd ke dalam dua syarikat lain sebelum dipindah masuk ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu.

Muhammad Shafee berkata, keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC, Nik Faisal Ariff Kamil yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bekas eksekutif kanan itu menafikan Najib mengetahui wang itu berasal daripada SRC.

“Pembelaan juga membuktikan bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin menafikan ia adalah tandatangan beliau pada dokumen yang kemudian memindahkan dana daripada SRC kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd.”

Justeru adalah tanggungjawab Hakim Mohd Nazlan untuk menjawab apakah intipati hujahan ini dianggap munasabah dan mencukupi bagi membebaskan Mohd Najib atau menolak hujahan para peguam bela ini dan mengekalkan naratif pendakwaraya dan memutuskan Mohd Najib bersalah.

Realitinya esok, Mohd Najib dan badan Kehakiman akan diadili rakyat bersandarkan hujahan penghakiman Mohd Nazlan. – Suara TV

#PRKSLIM : PARTI KEADILAN RAKYAT TIDAK BERTANDING

DATUK TINAGARAN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk MA Tinagaran berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira perkembangan semasa negara yang sedang berdepan pandemik koronavirus (Covid-19) dan beberapa situasi yang membebankan rakyat.

Beliau berkata, pengumuman awal untuk bertanding pada PRK itu sebelum ini lebih bersifat untuk mempertahankan mandat rakyat dan kawasan itu.

“Selepas beberapa perbincangan yang dibuat, kita fikir adalah tidak wajar sama sekali untuk kita membebankan rakyat bagi melalui proses pemilihan ataupun pilihan raya memandangkan rakyat kini menderita dengan Covid-19, masalah ekonomi, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

“Jadi ini bukan masa yang sesuai untuk berpolitik sebaliknya masa paling sesuai untuk menunjukkan kematangan politik kita dengan meletakkan keutamaan rakyat terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tinagaran berkata, keputusan itu juga sudah dimaklumkan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) Perak di dalam mesyuarat yang berlangsung kelmarin di Ipoh.

Katanya, PH Perak bagaimanapun masih belum membuat sebarang keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Jelas beliau, dengan keputusan itu, tiada kemungkinan berlaku pertembungan antara PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Blackout yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau ada pertembungan Barisan Nasional (BN) dengan Bersatu Blackout lebih kepada mempertahankan kerusi yang mereka tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.

“Itu keputusan PKR setakat ini, tetapi situasi agak dinamik. Kita akan lihat keutamaan kepada kebajikan rakyat kerana tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini antara pemimpin terawal menyatakan kesediaan bahawa PKR akan bertanding di kerusi DUN Slim pada PRK yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

Bagaimanapun, bekas pemimpin Bersatu yang menyokong Dr Mahathir menyatakan pihaknya akan bertanding pada PRK DUN Slim.

Namun PH kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan Dr Mahathir berhubung calon yang akan bertanding pada PRK itu bagi berdepan gabungan PN.

#PRKSlim Perkukuhkan dan bina semula kekuatan #umno

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata rakyat akan menghormati dan menyokong UMNO, jika parti berkenaan kuat.

Namun tegas beliau untuk membolehkan UMNO mempunyai kekuatan ianya bergantung kepada pimpinan serta ahli UMNO sendiri dan oleh itu seluruh ahli parti bertanggungjawab membina kekuatan bersama-sama.

“Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-14) telah memberikan pengalaman dan pengajaran yang besar kepada UMNO serta komponen parti dalam BN.

“Kita mesti ambil iktibar dari semuanya dan jangan kita ulangi lagi kesilapan kita. Kita mesti letakkan parti kita pada kedudukan yang kukuh dalam PRU-15 nanti. Justeru, mari kita bersedia dan memperkukuhkan kekuatan,” katanya menerusi catatan di facebook.

Tambah Shamsul lagi, perpaduan sesama sendiri harus diperkukuhkan sehingga ke akar umbi.

“Jaga perpaduan sesama kita. Kukuhkan kekuatan sehingga ke akar umbi. Pastikan UMNO BN di hati rakyat. Percayalah jika kita bersama rakyat, rakyat akan menyokong kita,” ujarnya.- UMNO Online

Prk Dun Slim N58 pada 29 Ogos 2020

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan bahawa hari mengundi akan diadakan pada 29 Ogos 2020 manakala tarikh pengundi awal jatuh pada 25 Ogos 2020.

Ini merupakan PRK ke 3 di Perak sejak selepas PRU 2008 yang mana kerajaan BN kehilangan 5 negeri iaitu Perak, Kedah, Penang, Selangor termasuk Kelantan yang kalah sejak tahun PRU 1991.

PRK pertama di Perak ialah pada tahun 2009 selepas ahli parlimen Bukit Gantang yang diwakili oleh parti Pas meninggal dunia, PRK kedua pula ialah apabila ahli parlimen Kuala Kangsar terlibat dalam kemalangan helikopter di Sarawak dan bersama ahli parlimen Sungai Besar. Ini kali ketiga dan kali pertama melibatkan kerusi Dun.

Barisan Nasional sudah tentu akan mempertahankan kerusi N58 Dun Slim. Pas dan PPBM telah mengesahkan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada Umno untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Menurut perkembangan terbaru , PKR dan team PPBM bunga hitam akan bertanding untuk tidak memberi kemenangan mudah buat BN.

Bagi pihak Umno Bahagian Tanjung Malim, mereka sudah pun menyenarai pendek beberapa calon untuk dipilih bagi mewakili Umno dalam PRK tersebut.

Sementara itu penganalisin Profesor Dr Sivamurugan Pandian USM penganalisis politik tempatan telah mencadangkan agar calon muda diberi peluang untuk bertanding di PRK Dun Slim. Siapakah orang muda yang dimaksudkan oleh beliau, pada pengamatan saya ia adalah tidak lain dan tidak bukan beliau ada Ketua Pemuda Bahagian Tanjung Malim atau pun Ketua Puterinya, akan tetapi ramai yang fokus kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian.

Merujuk kepada Facebook Anggun Tg Malim, admin meletakkan 3 nama oleh ditentukan oleh pihak jawatan kuasa pemilih, mereka ialah Timbalan Ketua Bahagian kedua Ketua Pemuda dan ketiga ialah Ketua Puteri

Komplot Gulingkan MB Demi Tutup Kelemahan Pakatan Harapan – Ketua Pembangkang Perak

 

PETALING JAYA, 22 April – Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak, Saarani Mohamad berkata, bukan Barisan Nasional atau Umno yang merancang komplot menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar, tetapi ia didalangi pemimpin Pakatan Harapan untuk menutup kelemahan parti pemerintah itu.

Adun Kota Tampun itu mencabar semua Adun PH Perak untuk mengadakan perbincangan tertutup bagi mencari dalang di sebalik gerakan menyingkirkan Faizal.

Beliau turut menawarkan diri untuk menjelaskan dalang merancang gerakan menggulingkan Faizal kepada 31 Adun PH.

“…kami tidak terlibat. Umno dengan PAS sekarang sedang susun muafakat, kami sedang berdamai, kami tidak menjaga hal mereka (PH).

“Benda ini dilakukan antara mereka, kita tidak berminat nak campur urusan mereka, mereka kena selesai sesama sendiri, ini masalah dalaman PH.

“Lebih baik 31 Adun PH buat satu perjumpaan tertutup dan berbincang dari hati ke hati, adakah audio itu sahih atau tidak,” katanya kepada FMT merujuk rakaman audio selama 4 minit 22 saat yang tersebar di media sosial berkaitan komplot menjatuhkan Faizal yang membabitkan seorang individu didakwa ialah Adun Perak.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, dakwaan komplot menjatuhkan Faizal hanya khabar angin dan cubaan pembangkang untuk menimbulkan kacau bilau di Perak.

Exco Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim pula dilaporkan berkata, isu menyingkirkan Faizal mungkin sengaja dicetuskan pihak lawan menjelang sidang DUN.

“Isu itu selalu dibangkitkan setiap kali persidangan DUN. Sebenarnya, tiada isu timbul, semua exco tidak ada masalah dengan MB, kami semua di belakang beliau,” kata Hasnul.

Rakaman audio yang tersebar di media sosial Khamis lalu, dikatakan suara seorang Adun dan ada yang mengaitkannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Abdul Aziz Bari, tetapi beliau menafikan dakwaan itu.

Kelmarin, Faizal dilaporkan berkata, rakaman audio mengenai komplot menjatuhkannya belum dibuktikan sahih dan semua perkara mungkin berlaku berdasarkan kecanggihan teknologi sekarang.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa, walaupun banyak pihak cuba menjatuhkannya sejak hari pertama dilantik menerajui Perak.

Pada 7 Disember lalu, Saarani mendakwa gerakan menjatuhkan Faizal didalangi Exco Kerajaan Negeri, Aziz yang tidak menjanjikan habuan wang, tetapi 2 daripada 5 Adun Umno ditawarkan jawatan exco negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu terkandung dalam 2 daripada 5 pengakuan bersumpah Adun Umno yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 6 Disember lalu.

Katanya, 5 pengakuan itu menyatakan Aziz mendakwa dirinya disokong 18 Adun DAP serta masing-masing 4 lagi dari Amanah dan PKR, selain mendakwa Faizal tidak menunjukkan prestasi baik.

« Older Entries